Thursday, January 7, 2010

Pelesit YM

Tipu lah kau tak tau YM tu apa. Ok lah, YM tu Yati Makyeh ataupun Yes Mem! Ini dia budak-budak YM yang kita patut hentam ramai-ramai sebab status dia entah apa-apa, bikin panas!

5. Status "BUSY". Aku tak faham apasal kau pegi online kalau kau busy dan lepas tu kalau aku tanya apa-apa, kau jawab "AKU BUSY LAH." Baik tak payah online je.

4. Status "I'M ON SMS/MOBILE". Aku tahu, aku punya pun macam ni dan aku tak tahu mcm mana nak turn off. Tapi macam poyo je mobile tapi bukan nak reply pun. Kau try lah sign up utk mobile ni, nanti setiap kali kau sign out dia mesti bagi SMS yang buat menyemak inbox kau je.

3. Status yang macam "AKU BARU BALIK DARI KLCC." Weh nak brag bukan kat YM lah. Apa kau fikir aku nak kisah kau baru balik KLCC? Kalau kau terjun dari tingkat 12 tu tapi tak mati, nak buat status "AKU TAK MATI PUN LEPAS TERJUN TINGKAT 12?" baru lah boleh kecoh!



2. Jenis yang duduk chatting kat status. Sekejap si Gani kata "Tadi kau pegi mana?" Nanti si Muskil pula jawab "Pegi rumah nenek kau nak pinjam daun kesom." Sah takda kerja. Merepek-merepek je.

1. Status "VIEW MY WEBCAM." Tapi bila orang nak tengok, dia pergi decline. Masalah betul lah budak macam ni. Ada jugak si ehem tu, dia punya status "Jangan teng0k webcam aku. Puas hati?" tapi ada jugaaak link untuk request nak tengok webcam dia. Ish ish.



Di samping itu, aku juga rasa nak ketuk dengan lesung batu (bukan penumbuk tu, tapi guna mangkuk dia) kat budak yang suka BUZZ!! *kendatipun aku tak reply bila dia kata "Hmmm mengantuk nyer." ataupun "Haha."

HMMM MENGANTUK NYER dan HAHA bukanlah sejenis soalan kau tau tak? Kau nak aku jawab apa? "KENAPA KAU MENGANTUK? SEBAB MALAM TADI KAU TOLONG MAKLONG KAU KOPEK BAWANG SAMPAI PUKUL TIGA PAGI KE?"

Juga mereka yang suka buat font warna-warni macam pelangi sampai aku terpaksa highlight kalau nak baca.

LOL.

*kendatipun : walaupun

Wednesday, January 6, 2010

Penangan Senyuman

Aku ada seorang guru ni, namanya Puan Zilhudda bt Mohamad Nor. Beliau ada Facebook. Tapi takda lookbook lah hehe. Tahun lepas, beliau jadi guru kelas aku. Fuh, mantap gila cikgu aku ni. Semua benda mesti terperinci.

Tong sampah mesti sentiasa diterbalik kan dan kitorang tak boleh buang dalam tong sampah tu. Kena buang kat tong hitam luar kelas. Langsir semua mesti kena cekik dengan penyepit bunga-bunga apa entah tu.

Setiap pagi lap habuk kat tingkap, sapu lantai sampai licin sampai boleh nampak muka kita, macam cermin; siap buat hidung kembang pun boleh nampak lagi. Ceh. Hampir setiap minggu kelas aku menang untuk Keceriaan Kelas.

Setiap meja dan kerusi ada tag "Meja Murid 1, Meja Murid 2, Meja Murid 3..." Dan semua benda ada 'parking'. Macam parking kereta lah! Contohnya kat meja guru, ada parking untuk pasu bunga, parking buku laporan guru, bekas alat tulis. Meja kami pun ada parking (guna tape merah lekat atas lantai).

Puan Zilhudda juga sangat prihatin terjadap kebajikan anak-anak muridnya. Ada masalah sikit, "SAYA TELEFON PARENTS AWAK." Dan beliau selalu bagi semangat kat kami semua, "NAK 8A 9A MESTI CEPAT, TAK BOLEH LEMBAP." "JANGAN TIDUUUUUR JE." Lebih kurang macam tu lah.

"KAMU LAWAN LAH CAKAP CIKGU, KAMU TAK KAN KEMANA PUNYAAA. TENGOK LAH NANTI."

"APA MASALAH KAMU?"

"SONGKOK MANA SONGKOK? ESOK KALAU KAMU TAK PAKAI SONGKOK, SAYA SURUH KAMU PAKAI TELEKUNG SAYA."

Kami pelajar lelaki diwajibkan oleh beliau untuk memakai songkok pada setiap hari. Tapi akulah yang paling ingkar kot. "BUDAK NI MEMANG DEGIL LAH."

Disebabkan sikap beliau yang sangat berdedikasi sebegitu rupa, kebanyakan pelajar tidak menggemari beliau. Banyak yang mencemuh dan sebagainya.

Tiga tahun beliau ajar aku Bahasa Arab. Puan Zilhudda ada skil mengajar tersendiri yang sangat berkesan, walaupun beliau agak over tegas. Dan beliau juga agak outspoken. Orang kata, "cakap lepas." Okay lah tu.

Tahun lepas ada ustaz lain ajar kami Bahasa Arab. Terus terang aku lebih faham dan selesa kalau Puan Zilhudda yang ajar. Semasa PMR dah nak dekat barulah Puan Zilhudda join sekali ajar kitorang.

Bila aku fikir balik, ustazah tu takda anak. Mungkin sebab tu dia anggap murid-murid dia macam anak-anak sendiri. Tulah tegas semacam. Ada budak lain cakap, "AKU TAHU HARAPAN USTAZAH KORANG MENGGUNUNG UNTUK KORANG." Beliau nak kitorang semua straight A's.

Masa paper Bahasa Arab, ustazah hantar kitorang sampai pintu dewan. Dua setengah jam kami dalam dewan, aku tak tahu lah ustazah tunggu ke apa. Tapi keluar-keluar dewan je ustazah ada kat depan tu.

Bila keputusan PMR dikeluarkan, ustazah pergi buat umrah kot. Kawan aku yang dapat 9A jugak kata kat aku, "MESTI USTAZAH BANGGA (dengan kita kan?)"

Pagi tadi kat sekolah, aku lalu depan ustazah. Ah aku pun tak tahu nak buat apa. Gugup, kalut! Tiba-tiba ustazah senyum pada aku. Haha. Aku rasa dalam tiga tahun aku kenal, tak pernah kot ustazah senyum kat aku kalau berselisih ke apa ke.

Mungkin sebab ustazah tahu aku dapat straight A's, mungkin juga sebab ustazah baru balik umrah lepastu mood dah bertukar. Ataupun ustazah ingatkan aku orang lain. Tapi tak kan lah!

Ah kau gedik ah kena senyum dengan ustazah pun nak kecoh. Biaq pi aku lah, kau ada ke kena senyum dengan Ustazah Zilhudda? Kau takdaa.

Monday, January 4, 2010

Kendatipun tu apa?

Hari pertama BOSAN hari ke-dua LAGILAH BOSAN. Aku kena masuk kelas bio, aku dah rasa best je duduk kat kelas tu. Tapi aku tak nak belajar Biologi, aku nak Accounts ;'D

Lepas tu nak tukar kelas kena "merayu" dekat Guru Penolong Kanan. Sudahlah begitu, aku pula buat masa sekarang sudah kehabisan idea untuk entri baru. Hendak-hendak persekolahan sudah bermula. Mahu berjenaka pun otak tengah ketat.

Kamu tahu, trafik pengunjung ke blog ini sepanjang ketiadaan entri baru hanyalah 25- pengunjung sahaja untuk satu hari. Tragis, bukan? Tetapi apakan daya, merintih meroyan pun tiada gunanya.

Salam. *kendatipun tu apa?

Saturday, January 2, 2010

Entri Tahun Baru Aku

..konon nya -.-"

Nampaknya lusa aku Form 4. "Form four. fomfor fofo." Aku budak account lol. Tapi kan aku lama lagi lah nak jadi seorang 16 tahun. Sebab aku diberanak kan oleh mak aku ke atas katil hospital eh ke dunia ini pada 31 Julai 1994 tahu. Tapi masa tu aku taktau nak makan tahu pun.

Semasa di tingkatan tiga, aku keluar dari rumah pukul 7.30 pagi dan pulang ke rumah pula pukul 8.00 malam. Aku ambik kelas Bahasa Arab yang sebenarnya semua orang agak trauma atau fobia. Aku ke kelas tuisyen sampai pukul 7, aku naik van Pakcik Kamal beberapa kali sehari. Kadang-kadang terpaksa naik van Makcik Idah. Chaotic gila!

Pergh banyak betul benda yang aku dah tak kan buat lagi dah di TINGKATAN EMPAT.

Apa pun aku harab eh harap 2010 lagi best daripada 2009. Sudah-sudah jom kita jadi nostalgik pulak. Tengok ni.


Baru pandai jalan dan baru tahu jari memang untuk dimakan.


Nak showcase gigi susu dan lesung pipit exclusive


Siapa yang suruh kau buat macam ni hah?


Macam perempuan -.-" Cewah.


Korek hidung dalam almari sebab tak percaya taik hidung tu masin.


Heh ni semua gambar-gambar lama aku yang aku jumpa kat album aku ;-) Bye bye.

Friday, January 1, 2010

Hadiah daripada Azzam!

Semalam punya semalam, posmen hantar ini ke rumah aku.


Terima kasih Azzam! Azzam bagi aku dollpen keychain, coklat Daim dan Kisses dan Hershey's dan sepucuk surat cinta. Chocolate yang kau bagi tu best, tinggal lagi satu je ;D Haha.

Ini dia surat cinta Azzam.


Apa lah kau tertinggal lagi satu huruf 'g' dalam 'bloging' heheh. Terima kasih! Minta maaf sebab lambat post entri ini, sebab ada banyak betul dugaan.

Link : Azzam's contest summary page

Fridge Magnet Winners

Contest page


Peserta perlu bagi sebab yang paling best untuk dapatkan magnet ni. Best tu tak tahu lah best macam mana, tapi maksudnya yang terbaik wok lah. Hehe. Terima kasih beratus-ratus juta kepada semua peserta.

Dua pemenang terpilih :

1. Dean from Marker Hitam
2. Azzam from Photographer's Story

Sebab mereka untuk memiliki magnet tersebut ialah mereka tidak mempunyai sebarang fridge magnet. Tragis, bukan? Aku sangat sentimental dan memilih mereka sebagai pemenang ;')

Kepada yang lain, jangan menangis sebab nanti tak macho dan kamu berpeluang memiliki pin kapal terbang di bawah dengan menjadi TUKANG KOMEN KE-TIGA.



Terima kasih.

UPDATED

3rd commenter : Aifaa. Congratulations! Please email your full name and your home/mailing address to me at akukawan@gmail.com to receive the reward ;-)

Anak

Sekarang ni aku selalu jumpa mak bapak yang tak reti bersyukur bila dah dapat anak.

Umur anak baru dua tiga tahun, tapi dah kena seksa macam Nirmala Bonat. Kena pelempang, cubit peha kiri kuat-kuat sampai peha kanan pun terasa juga, tarik telinga sampai nak terputus, tengking sampai air liur menyembur-nyembur, korek biji mata dengan sudu besar. Eh itu mitos.

Kau kenal tak Nirmala Bonat? Dia tu pembantu rumah yang kena seksa dengan majikan dia kaw-kaw punya. Macam kopi kapal api. Kena terajang dengan batang besi, simbah air panas yang boleh masak Maggi, seterika tetek sampai puting tercabut. Macam mana suami anak nak minum susu ibu? Terpaksa beli Anmum Essential Enfagrow SEMBILAAAN!

Kau nak tengok tak gambar Nirmala Bonat? Tidak disyorkan bagi pembaca yang lemah semangat seperti makcik guard hospital yang sebenarnya nak jadi doktor tapi cancel sebab takut darah. Ah takda lah. Tengok ni.


Mari kita sambung pasal mak bapak yang terajang anak.

Sebenarnya bukanlah terajang. Tapi malas nak layan anak. "Ish budak ni, aku lesing kang tahu lah. Kan mak tengah telefon pakwe nii! Pergi sana."

Anak dia bising sikit dah nak mengamuk. "Eh senyap lah! Pening kepala hotak aku tau. Kau tahu tak kau ni sebenarnya anak kutip tepi jalan?" Ish ish. Macamlah anak dia yg baru pandai bercakap tu faham.

Budak-budak yang sedang membesar kan otak dia tengah mengembang, banyak benda yang diorang nak tahu. Sepatutnya mak bapak diorang kena bantu sumbat kan ilmu banyak-banyak. Ini tidak, anak tanya sikit, malas nak layan lepas tu pergi tipu anak sendiri.

"Mak, kenapa kalau malam-malam nanti gelap?"

"Sebab syaitan dah tutup lampu."

"Papa, ni apa benda?" (sambil tunjuk daki kat celah kuku)

"Itu chewing gum."

Jawab je lah betul-betul, baru lah anak kau tu pandai nanti. Ini bila dah besar bila anak kau dapat nombor second last, "Laah apesal lah otak kau ni berdengung sangat hah. Tulah orang suruh belajar kau pergi gentel benda lain. Buat malu aku je."

Ada juga yang menipu konon nya tipu sunat.

"Ehh adik jangan pegi situ, ada nanti MOMOK MAKAN ADIK!" atau

"Jangan nangis lagi tau, nanti mama belikan adik belon warna kelabu."

Momok lah keliwon lah. Dengan budak-budak pun nak bohong, lama-lama diri sendiri jadi bodoh baru tahu. Mana ada momok! Janji nak belikan belon, gula-gula, PSP tapi habuk pun takdak.

Aku pernah terdengar sorang budak meraung kat ayah dia,

"Nak mainan nak mainan nak mainan nak mainan!! Ayah tak pernah pun belikan abang mainan.."

Aisehmen sedih betul. Ceh sebenarnya tak sedih pun. Aku pun rasa nak sepak je budak tu, memekak je dalam kedai. Buat bingit. Anak pun satu. Pegi bagitau semua orang ayah kau tak pernah beli kan mainan tu buat apa.

Hehe.

"KAMU BERDUA NI KEREK BETUL LAH!" kata seorang budak dua tahun kepada mak bapak nya. Biar betik?


"Eh mana puting tetek aku pulak ni?"

Thursday, December 31, 2009

Kertas Esti #2 : Makanan Berkhasiat


Kertas Esti #1 : Haiwan